Auto Added by WPeMatico

BRASILIA – Polis Brazil melakukan rampasan emas terbesar dalam sejarah selepas menemui lebih 100 jongkong emas bernilai £8.2 juta (RM46 juta) yang disembunyikan di dalam kereta seorang pesohor media sosial, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Penemuan berlaku selepas Suzy Alencar dan suaminya, Bruno Mendes de Jesus, 30, ditahan di lampu isyarat merah.
Polis pada awalnya menemui jumlah emas yang kecil, namun pemeriksaan lanjut mendedahkan lebih banyak emas tersembunyi di dalam papan pemuka dan kompartmen lain.
Jumlah berat emas yang dirampas mencecah 103 kilogram dan bernilai £8.32 juta (RM46.8 juta) mengikut kadar semasa Bank Negara Brazil.
Polis Lebuhraya Persekutuan (PRF) menyifatkan serbuan tersebut sebagai rampasan emas terbesar dalam sejarah Brazil.
Pegawai PRF, Rodrigo Magno berkata, Bruno diberkas di tempat kejadian tetapi dia enggan membuat kenyataan.
Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti asal usul emas dan menyiasat sama ada ia berkaitan dengan mafia atau organisasi jenayah. – AGENSI
The post Polis jumpa 100 jongkong emas dalam kereta ‘influencer’ appeared first on Kosmo Digital.