Auto Added by WPeMatico

![]()
MELAKA – Tiga penyamun ditembak mati oleh sepasukan polis selepas suspek bertindak menetak seorang koperal yang cuba menahan kumpulan dikehendaki itu berhampiran ladang sawit di Durian Tunggal, awal pagi tadi.
Kumpulan digelar ‘Geng DT’ itu terdiri daripada dua lelaki berusia 24 tahun dan seorang berusia 29 tahun dipercayai terbabit dalam 20 kes pecah rumah serta bangunan sejak 2024, dengan anggaran kerugian mencecah RM1.3 juta.
Suspek dipercayai menjalankan kegiatan dengan modus operandi bergerak secara berjalan kaki sambil membawa senjata untuk menyamun premis sasaran bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.
Berita lanjut menyusul.
The post Tiga penyamun di tembak mati awal pagi tadi appeared first on Kosmo Digital.