Auto Added by WPeMatico

![]()
GUA MUSANG – Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mengesahkan lafaz cerai talak tiga yang difailkan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, 68, terhadap isterinya, Mastura Osman, 53, melalui panggilan telefon pada 27 Oktober lalu.
Hakim Syarie, Wan Mohd. Ramdhan Wan Hassan mensabitkan berlaku penceraian talak tiga apabila keputusan itu dibuat selepas mahkamah telah meneliti permohonan dan keterangan daripada kedua-dua belah pihak.
Peguam Nozula, Abdul Naim Mokhtar berkata, mahkamah meluluskan tuntutan pengesahan cerai selepas mendapati lafaz talak yang dibuat melalui telefon pada 27 Oktober adalah sah mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002.
“Mahkamah berpuas hati terhadap isu lafaz cerai yang telah berlaku dan mensabitkan jatuh talak tiga selepas mendengar perbicaraan dan hujahan secara lisan daripada kedua-dua pihak. Pendaftaran perceraian di luar mahkamah mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002. Faktor penceraian lebih kepada tiada persefahaman antara Nozula selaku plaintif dan defendan, Mastura,” katanya.
Terdahulu, Nozula hadir dengan berkerusi roda ditemani anak, peguam dan individu lain ke pekarangan mahkamah, manakala Mastura yang ditemani ahli keluarga dilihat tersenyum dan melangkah tenang ke mahkamah. – KOSMO! ONLINE
The post Bekas ADUN Paloh cerai isteri talak tiga melalui panggilan telefon appeared first on Kosmo Digital.