Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA- Perjalanan 15 buah van jenazah dari Jertih, Terengganu untuk mengambil jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat kemalangan di kawasan Tasik Banding mendapat perhatian orang ramai sepanjang perjalanan mereka.
Menerusi satu hantaran di Facebook pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Mr. Wan Chai, sebanyak 15 van jenazah telah disediakan pihak NGO di Terengganu manakala sebuah van dari UPSI akan digunakan.
Perjalanan kesemua van jenazah ke Hospital Ipoh itu kini dilaporkan telah melepasi kawasan nahas di kawasan Tasik Banding menuju ke bandar Grik, Perak.
Dalam perjalanan konvoi tersebut, suasana hiba turut mengiringi mereka, orang ramai turut berdoa agar segala usaha dan perjalanan mereka selamat sehingga pengurusan jenazah pelajar terlibat selesai sepenuhnya.
“Suasana macam ni memang kita tak mahu tengok, tapi Allah sayangkan mereka semua.
Saya harap semua akan berjalan lancar,” kata Hiesham Fauzi.
“Allahu, sedihnya tengok, memang kita tak mahu tengok keadaan seperti ini, tapi apakan daya tuhan telah tetapkan ajal mereka sebegini, al-Fatihah,” kata Hafiz Muhamad. – KOSMO! ONLINE.
The post Suasana hiba perjalanan 15 buah van jenazah appeared first on Kosmo Digital.