Auto Added by WPeMatico

![]()
KLANG – Tindakan berani seorang remaja menggunakan nombor plat palsu motosikal demi mengelak membayar ansuran bulanan membawa padah apabila ditahan polis dalam operasi di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), awal pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi ketika remaja berusia 17 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ali, melalui laluan berkenaan untuk pulang ke rumah selepas lepak bersama rakan di sekitar Klang.
Menurutnya, motosikal itu dibeli oleh bapanya setahun lalu dan dia menukar nombor plat sebenar bagi mengelak pihak bank mengesannya, walaupun telah ditegur keluarganya.
“Walaupun saya guna nombor palsu, saya tak pernah sertai perlumbaan ‘mat rempit’. Kebetulan lalu di Kesas sebab nak balik rumah lepas lepak di rumah kawan.
“Tak sangka pula polis buat operasi, sebab itu saya kena tahan,” katanya selepas ditahan dalam Operasi Khas Bersepadu di Kesas awal pagi hari ini.
Pemeriksaan lanjut mendapati remaja itu melakukan dua kesalahan iaitu motosikal tamat cukai jalan dan tiada lesen memandu.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, operasi berkata, operasi di sekitar kilometer (KM) 18KM hingga 26KM melibatkan kedua-dua arah laluan telah memeriksa 210 buah motosikal kesemuanya.
Sebanyak 105 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 48 buah motosikal disita dibawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1967. Selain itu, tiga motosikal telah dikenakan notis saman. – KOSMO! ONLINE
The post Tukar nombor plat motor sebab tidak mahu bayar ansuran appeared first on Kosmo Digital.