Auto Added by WPeMatico

![]()
DUNGUN – Seorang buruh dicekup polis selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di Felda Jerangau, di sini, semalam.
Lelaki berusia 38 tahun itu diberkas bersama dadah disyaki pil Yaba seberat 51.67 gram pada pukul 6.45 petang.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan telah terserempak dengan suspek yang terdiri di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan telah menemui dua paket plastik berwarna biru dan setiub straw berisi pil disyaki dadah jenis pil Yaba seberat kira-kira 51.67 gram.
“Nilai rampasan dadah terbabit dianggarkan RM3,875.25. Wang tunai pelbagai dominasi berjumlah keseluruhan RM538 juga disita,” katanya di sini hari ini.
Maizura berkata, hasil ujian urin mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE
The post Buruh disyaki pengedar pil Yaba diberkas appeared first on Kosmo Digital.