Auto Added by WPeMatico

![]()
KOTA TINGGI – Seorang peneroka menemui ajal ketika pulang dari masjid selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan di Jalan Waha, Felda Bukit Waha pagi tadi.
Mangsa dikenali Samani Idris, 75 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat kemalangan itu kira-kira pukul 7 pagi.
Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah motosikal Honda Wave ditunggang seorang lelaki warga tempatan berusia 75 tahun yang telah hilang kawalan sebelum terbabas.
“Mangsa merupakan peneroka Felda Bukit Waha dimana ketika kejadian mangsa dalam perjalanan balik dari Masjid Jamek Felda Waha untuk pulang ke rumah.
“Ekoran kemalangan itu, penunggang motosikal telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat
kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata,mayat telah di bawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
The post Kariah masjid maut pulang dari solat subuh appeared first on Kosmo Digital.