Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – “Sebagai ibu yang telah melalui pengalaman anak-anak mengambil SPM, maka setiap kali peperiksaan itu jugalah hati ibu akan berdebar sama. Kadang-kadang lebih ketar daripada anak-anak”.
Itu antara perkongsian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, hari ini mengenai pengalaman berdepan dengan anak yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.
Beliau yang mendoakan para pelajar yang sedang menduduki SPM pada tahun ini turut mengucapkan kejayaan mereka.
“Masya-Allah, anak-anak telah melakukan persiapan yang kemas dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah, anak-anak sangat tekun membuat semua ulangkaji dan melepasi ujian demi ujian.
“Tabarakallah, doa dan tawakal dipanjatkan usai membuat semua persiapan. Selamat maju jaya buat semua calon Peperiksaan SPM 2025,” katanya menerusi media sosial, hari ini.
Beliau turut memaklumkan, berkesempatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Syeikh Abdullah Fahim di Nibong Tebal, Pulau Pinang bagi memberikan kata-kata semangat.
“Sekolah ini adalah antara sekolah terbaik di Pulau Pinang dan telah mencatatkan keputusan yang amat baik sepanjang tahun.
“Malah telah melonjakkan nama Parlimen Nibong Tebal kerana keputusan SPM yang cemerlang. Buat kami dan negara bangga dengan anda!” ujarnya.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, seramai 413,372 calon yang mendaftar menduduki peperiksaan SPM 2025 akan memulakan sesi itu dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu bermula Isnin lalu hingga 6 November depan. – KOSMO! ONLINE
The post Kadang lebih ketar daripada anak-anak – Fadhlina appeared first on Kosmo Digital.