Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Mangsa banjir di sembilan negeri terus menunjukkan peningkatan dengan 16,177 orang daripada 5,557 keluarga ditempatkan di 106 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10 malam ini.
Menerusi laman web Info Bencana JKM malam ini, negeri terjejas melibatkan Selangor, Kelantan, Perlis, Perak,Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dan Kuala Lumpur.
Jumlah mangsa tertinggi direkodkan di Kelantan dengan 40 PPS dibuka melibatkan 9,941 mangsa daripada 3,624 keluarga terjejas di daerah Tumpat, Bachok, Kota Baharu dan Pasir Puteh.
“Diikuti Perak dengan 2,100 orang mangsa daripada 652 keluarga ditempatkan di 24 PPS.
“Di Selangor dangan 1,954 orang mangsa daripada 552 keluarga melibatkan daerah Kuala Selangor, Shah Alam, Klang, Hulu Langat dan Sabak Bernam,” menurut info berkenaan malam ini.
Di Perlis dengan 1,005 mangsa daripada 336 keluarga terjejas di tiga daerah manakala Kedah dengan 701 mangsa daripada 254 keluarga.
“Pulau Pinang dengan 378 mangsa daripada 101 keluarga. Selain itu, Terengganu 105 mangsa daripada 401 keluarga.
Sarawak pula menyaksikan seramai 32 orang mangsa melibatkan tujuh keluarga terjejas ekoran banjir manakala Kuala Lumpur sebuah PPS dibuka namun tiada mangsa ditempatkan di pusat berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post Banjir: Jumlah mangsa 16,177, 106 PPS dibuka appeared first on Kosmo Digital.