Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Seorang remaja antara tiga lelaki diberkas bagi membantu siasat kes berhubung kes tembakan di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang dekat sini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, penangkapan kesemua suspek berusia 19 hingga 35 tahun dilakukan sekitar Klang baru-baru ini.
Katanya, mereka kini direman sehingga 17 November dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Siasatan masih berlangsung namun saya tidak boleh beri ulasan secara terperinci kerana melibatkan sensitiviti kes tersebut.
“Pada peringkat masa ini, siasatan pelbagai aspek dan tidak boleh jurus kepada kongsi gelap sahaja berdasarkan latar belakang mangsa itu sendiri.
“Jadi, beri ruang dan peluang polis lakukan siasatan secara adil dan menyeluruh,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Kosmo! sebelum ini melaporkan polis mengesahkan lelaki yang mati ditembak di sebuah stesen minyak pada Jumaat lalu tersebut mempunyai rekod berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Mangsa yang maut berusia 34 tahun dan tidak bekerja disahkan maut akibat kesan beberapa das tembakan pada dada dan perut.
Setakat hari ini sebanyak tujuh keterangan telah diambil melibatkan isteri dan ahli keluarga serta saksi kejadian.
Dalam kejadian pukul 11.13 malam itu, mangsa telah ditembak beberapa kali oleh seorang penyerang yang menunggang motosikal. – KOSMO! ONLINE
The post Tiga termasuk remaja ditangkap kes tembak Bukit Tinggi Klang appeared first on Kosmo Digital.