Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Jenama air mineral semula jadi, Spritzer melancarkan kempen berskala nasional bertemakan ‘Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing’, baru-baru ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, di ibu negara sempena menjelang ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Spritzer menerusi kenyataan berkata, berteraskan konsep ‘healing’, kempen tersebut menggalakkan orang ramai kembali mendekati alam semula jadi, meneroka keindahan budaya, dan menemui keseimbangan serta gaya hidup sihat melalui pelancongan domestik.
“Sepanjang Jun hingga Julai 2025, ‘Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing’ akan menampilkan rancangan kembara enam episod, seni interaktif, media sosial dan pemasaran kandungan.
“Ia juga menginspirasi gerakan nasional ke arah pelancongan ‘healing’ dan lestari, sambil mengukuhkan Spritzer sebagai peneman terbaik yang menghidrasi dengan mineral semula jadi menyegarkan,” kata kenyataan itu.
Menurut Spritzer, kempen berkenaan menyasarkan golongan tempatan berumur 20 hingga 40 tahun.
“Spritzer juga berhasrat menarik perhatian pelancong bebas antarabangsa yang mengutamakan pelancongan lestari dan pengalaman budaya tempatan.
“Ia selaras dengan keperluan pelancongan masa kini, jenama ini memupuk imej yang lebih mesra dan dekat di hati menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026,” ujar kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE
The post Spritzer lancar kempen ‘Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing’ berskala nasional appeared first on Kosmo Digital.