Auto Added by WPeMatico

![]()
KOTA BHARU – Seramai 13 individu termasuk seorang wanita dan tiga Orang Asli yang ditahan selepas berhimpun di depan Istana Negeri, Kubang Kerian di sini kelmarin dipercayai mahu menyerahkan barangan lama kepada pihak istana.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu menerima panggilan telefon dari Balai Polis Kubang Kerian pada pukul 11.40 pagi yang memaklumkan mengenai perhimpunan tersebut.
Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati, tujuan mereka mengadakan perhimpunan itu adalah untuk menyerahkan beberapa barangan lama kepada pihak istana.”Ujian saringan awal air kencing mendapati, lima daripada 13 individu yang ditahan positif dadah.
“Kesemua individu yang berusia dalam lingkungan 26 hingga 67 tahun itu ditahan reman empat hari bermula semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Yusoff memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.
Kosmo! Online semalam melaporkan, seramai 13 individu termasuk seorang wanita dan tiga Orang Asli direman empat hari selepas dipercayai menyertai perhimpunan di depan Istana Negeri, Kubang Kerian di sini.
Perintah reman yang bermula semalam hingga Sabtu terhadap kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 26 hingga 67 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Imran Rais Hamid.
Mengikut sumber, kesemua suspek dipercayai berkumpul di depan Istana Negeri, Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 11.40 pagi kelmarin.
Menurutnya, pemeriksaan terhadap beberapa orang suspek menjumpai senjata tajam seperti keris, lembing, kelewang, pedang dan benet.
“Selain itu, kayu, tongkat buluh, teko tembaga, cawan tembaga, rantai manik, duit syiling pelbagai mata wang, akar kayu dan songket berwarna kuning turut dirampas,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post 13 individu berhimpun mahu serah barang lama kepada Istana Kelantan appeared first on Kosmo Digital.