Auto Added by WPeMatico

![]()
HULU SELANGOR – Empat beranak cedera selepas kereta jenis Perodua Bezza yang mereka naiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Antara Gapi, Serendah, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar pukul 3.18 petang.
Menurutnya, seramai enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu digerakkan ke lokasi kejadian.
“Laporan oleh komander operasi, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan sebuah lori Nissan.
“Seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan ringan di bahagian muka manakala dua orang perempuan di mana seorang patah kaki kiri manakala seorang lagi cedera di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata, seorang lagi kanak-kanak turut mengalami kecederaan ringan.
“Kesemua mangsa tidak tersepit dan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post 4 beranak cedera nahas Bezza, lori di Serendah appeared first on Kosmo Digital.