Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Bangunan pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi tadi.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.15 pagi sebelum menggerakan jentera ke lokasi kejadian.
Menurutnya, seramai 44 anggota beserta lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Cheras dan BBP Sentul bergegas ke tempat kebakaran.
“Menurut Komander Operasi Kanan, Noorul Hayat Ahmad Nazri, setibanya pasukan bomba pada pukul 5.08 pagi, kebakaran melibatkan keseluruhan tingkat satu pelbagai bilik anggaran berkeluasan 2,740 meter persegi terbakar 100 peratus.
“Tiada mangsa yang terlibat. Kebakaran padam sepenuhnya pada pukul 6.18 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik kebakaran,” katanya.
Terdahulu, beberapa penduduk Bandar Sri Permaisuri Cheras terbau asap yang kuat kira-kira waktu Subuh tadi sebelum mendapati api sedang marak pada sekolah berkenaan.
Beberapa gambar dan video tular di media sosial memaparkan para pelajar yang berkumpul di dewan kantin sekolah. – KOSMO! ONLINE
The post Blok pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah terbakar appeared first on Kosmo Digital.