Auto Added by WPeMatico

![]()
BANGKOK – Tentera Myanmar (Tatmadaw) bersama Pasukan Pengawal Sempadan (BGF) meletupkan sebuah bangunan setinggi 12 tingkat di zon ekonomi khas (SEZ) Shwe Kokko, lapor agensi berita TNAI.
Bangunan itu terletak berhampiran daerah Mae Sot di sempadan Thailand.
Ia dirobohkan dalam operasi besar-besaran menyasarkan sebuah pusat penipuan utama yang dikaitkan dengan jenayah terancang yang diketuai warga China.
Kira-kira pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan) Rabu lepas, letupan kuat kedengaran dengan bangunan di tepi sungai itu kemudian menjadi runtuhan.
Dentuman kuat dan debu tebal yang kelihatan dari seberang sempadan menandakan komitmen tegas untuk membanteras operasi penipuan rentas negara yang berkembang pesat di SEZ Shwe Kokko.
Tindakan itu dilakukan serentak dengan penghantaran pulang 300 warga China yang disyaki terlibat sebagai penipu atau ‘ scammer’ dengan menaiki beberapa pesawat sewa khas.
Semua mereka melarikan diri dari beberapa kompleks penipuan termasuk Shwe Kokko susulan tindakan keras terbaru tentera Myanmar. – AGENSI
The post Tatmadaw letup bangunan ‘scammer’ appeared first on Kosmo Digital.